Amerika Syarikat Dilaporkan Menghalang Huawei Daripada Membeli Cip Qualcomm Dan Intel

TechnologyDigital
31 Jan 2023 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei sudahpun mengalami sekatan ekonomi yang serius sehingga menyebabkan mereka tidak lagi dapat menawarkan peranti 5G, menjual kelengkapan selular dan mengakses faundri yang menawarkan teknologi milik Amerika Syarikat. Situasi mereka mungkin akan menjadi lebih getir selepas Reuters melaporkan kelak mereka akan dihalang pula daripada membeli cip keluaran Qualcomm dan Intel.

image is not available

Pentadbiran Joe Bidan dipercayai telah menghalang pengeluaran lesen baharu yang membenarkan cip bukan 5G dijual oleh syarikat A.S kepada Huawei. Sebelum ini kebenaran diberikan yang membolehkan Huawei teras mengeluarkan telefon pintar dengan cip Qualcomm dan komputer riba Windows selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti.

Berita ini sekiranya benar pastinya akan mendatangkan impak kepada Huawei yang baru sahaja tahun lalu berjaya mestabilkan semula perniagaan yang terjejas teruk akibat sekatan yang dikenakan A.S.