‘Aminuddin terus kekal sebagai MB Negeri Sembilan’ – Perdana Menteri

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 3:30 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anwar Ibrahim dan Aminuddin.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Datuk Seri Utama Aminuddin Harun akan terus menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Anwar, beliau telah menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan perkembangan semasa yang melibatkan institusi Raja serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya menyokong titah Duli Tuanku agar YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kestabilan pentadbiran, kelangsungan pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan.

Beliau juga menyeru rakyat agar kekal berhemah dan beradab dalam membicarakan isu melibatkan institusi Raja dan undang-undang negeri, demi menjaga keharmonian serta ketertiban awam.

The post ‘Aminuddin terus kekal sebagai MB Negeri Sembilan’ – Perdana Menteri appeared first on The Reporter.