PH Kekal Sokong Aminuddin, Tolak Pengkhianatan UMNO-BN - Fahmi

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 9:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, demi kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PH juga akan terus mempertahankan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut beliau, PH melahirkan rasa kesal atas tindakan diambil 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan kerana ia jelas tidak memenuhi semangat Kerajaan Perpaduan.

“Pakatan Harapan menolak sekeras-kerasnya langkah UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk cuba ‘menerobos bumbung’ dan mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, apatah lagi alasan diberi 14 ADUN yang dimaksudkan langsung tidak berkaitan dengan prestasi Menteri Besar.

“Tindakan UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, dan dilakukan pada saat Kerajaan Perpaduan dan negara menghadapi krisis bekalan global, dan cuba mengurus ekonomi dan mengurangkan beban yang dihadapi rakyat,” katanya.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias semalam mengumumkan, 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang keyakinan dan menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Aminuddin.

Keputusan itu dibuat susulan krisis yang melibatkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Perkembangan terbaru itu turut mencetuskan konflik politik sejak Negeri Sembilan dibentuk melalui kerjasama antara kerajaan perpaduan. – Getaran, 28 April 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved