Amir Raja Lawak alami jangkitan paru-paru, menunggu giliran di ICU

LocalEntertainment
10 Nov 2026 • 4:09 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelawak Amir Raja Lawak dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan menunggu giliran di ICU.

Pelawak Amir Raja Lawak dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan kini sedang menunggu giliran di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani proses rawatan seterusnya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Lando Zawawi di media sosial selepas mendapat keizinan daripada ibu Amir, Puan Nizan, untuk berkongsi keadaan kesihatan pelawak berkenaan.

Menurut Lando, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi turut mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

“Saya baru saja mendapat keizinan daripada ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah bin Azmi, untuk sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.

“Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf, tak sanggup cakap. Tapi pada asasnya beliau kena jangkitan paru-paru. Asma memang dari kecil,” katanya.

Dalam hantaran sama, Lando turut berharap agar Amir diberikan kesembuhan dan peluang untuk kembali bersama keluarga serta insan tersayang.

“Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang masih mempunyai hutang dengan Amir supaya menyelesaikan tanggungjawab berkenaan.

“Sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia, eloklah selesaikan atau mohon maaf pada dia,” katanya.

The post Amir Raja Lawak alami jangkitan paru-paru, menunggu giliran di ICU appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved