“Kini menunggu giliran di ICU…” – Amir Raja Lawak Kini Di Hospital, Jangkitan Paru-Paru

LocalEntertainment
10 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 63

Pelawak dan pelakon popular, Mohammad Amirullah bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, dikhabarkan sedang berada dalam keadaan membimbangkan dan kini menunggu giliran di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru.

Berita duka mengenai kesihatan pelawak berkenaan dikongsikan sendiri oleh rakan baiknya, aktivis masyarakat iaitu Lando Zawawi, menerusi satu hantaran di laman media sosial.

Menurut Lando, beliau sudah mendapat keizinan daripada ibu Amir iaitu Puan Nizan untuk memohon kepada seluruh sanubari, sahabat handai serta peminat agar sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat sahabat mereka itu.

 

View on Threads

 

“Saya baru saja mendapat keizinan dari ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak saudara dan rakan-rakan yg mengenali saudara kita Mohammad Amirullah bin Azmi untuk sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat,” tulisnya.

Lando memaklumkan bahawa Amir kini sedang menunggu giliran untuk dimasukkan ke ICU bagi menjalani rawatan seterusnya akibat jangkitan paru-paru yang serius, di samping latar belakang kesihatannya yang memang menghidap penyakit asma sejak dari kecil.

Selain berkongsi mengenai keadaan kesihatan Amir yang berdepan masalah asma sejak kecil serta komplikasi jangkitan pada paru-paru, Lando sempat menitipkan pesanan ringkas dan peringatan agar mana-mana pihak yang masih mempunyai hutang dengan pelawak terbabit agar segera melangsaikannya.

Mohammad Amirullah bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak ialah seorang pelawak, pelakon, dan anak seni Malaysia yang mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti komedi popular tanah air, Raja Lawak musim ketiga (RL3) pada tahun 2009.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved