Amira Othman Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat? Ini Jawab Tuan Badan..

EntertainmentLifestyle
4 Jun 2025 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Gempak, penyanyi serta pelakon dikenali ramai, Amira Othman tampil perjelaskan spekulasi mengenai dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

‘Doakan yang baik-baik’

Menurut Amira atau nama sebenar, Nadia Amira Othman, dia lebih selesa merahsiakan hal tersebut dan serahkan segalanya kepada takdir.

Saya tak berani nak kongsi lebih-lebih tapi doa yang baik-baik kita aminkan. Saya pun tak tahu bagaimana takdir pada masa akan datang, yang baik-baik kita aminkan untuk semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit berkata jika tibanya hari bahagia itu, dia pasti akan berkongsikan perkara tersebut secara umum.

Betul ke akan berkahwin tak lama lagi?

Tak adalah (bakal berkahwin). Hari tu ada yang teka bulan lima tapi saya ada show dekat Johor. Itu semua spekulasi dan usikan daripada peminat.

Sekadar info, ketika ini ramai peminat yang mengusik Amira Othman bersama pelakon kacak, Fattah Amin, malah mendoakan agar kedua-duanya bertemu jodoh kerana kelihatan serasi bersama.

image is not available 1 week ago

Ibu Spontan Cakap Ada Besan Di Johor, Fattah Amin Menggelabah - "Seram Sejuk, Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa"