Amirudin nafi isu khalwat dijadikan perangkap politik

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 5:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amirudin nafi isu khalwat dijadikan perangkap politik

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan isu khalwat membabitkan seorang bekas menteri dan pemimpin politik digunakan sebagai taktik parti itu untuk memerangkap lawan politik.

Beliau menegaskan perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan atau dirancang oleh KEADILAN, sama ada secara rahsia mahupun terbuka, bagi tujuan persaingan politik.

“Tak pernah, tak pernah dibincangkan, tak pernah diaturkan secara rahsia dan secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah.

“Kita pun tak nak membawa isu peribadi dijadikan asas untuk pertarungan dan persaingan politik. Itu saya nafikan dan tak betul sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, pemimpin parti BERSAMA, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengesahkan beliau antara individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden berkait kes khalwat di sebuah tempat tertutup di Petaling Jaya.

Menerusi kenyataan media, Nik Nazmi menjelaskan kejadian berkenaan berlaku pada 15 Oktober lalu.

Menurut beliau, perbincangan awal bersama beberapa rakannya bermula di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Perbincangan itu kemudian diteruskan di sebuah lokasi di Petaling Jaya bagi meneliti beberapa bahan berkaitan projek yang sedang dibincangkan.

Nik Nazmi turut mengakui ketika pegawai JAIS tiba di lokasi berkenaan, hanya beliau dan seorang wanita berada di tempat tersebut.

“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved