'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin
Amirudin

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari menafikan penglibatan parti itu mengatur perangkap bagi menjatuhkan lawan politik berkaitan kes khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan partinya mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding terbabit dalam tindakan tersebut.

"Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat.

"Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.

Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.

Dengan perkembangan itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved