Amirul AF4 meninggal dunia

LocalEntertainment
25 Nov 2025 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau dikenali Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

 

SHAH ALAM - Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau dikenali Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengacara Datuk Azni Nawawi di akaun Instagram miliknya.

Katanya, dikhabarkan bintang AF4 Amirul hari ini pergi mengadap ilahi.

"Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amighul berada di Sarawak.

"Sesekali dia ada bertanya khabar di sosial media.

"Hari ini Amighul sudah tiada, takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah," ujarnya pada Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil trimester ketiga.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2023.