AMK tegas isu surau lama, anggap Rafidah Ibrahim cuba tanam sentimen kebencian

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ipoh Timor, Izzuddin Hariz, menegaskan isu bangunan lama Surau al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh sebenarnya sudah selesai apabila ia diganti dengan surau baharu yang lebih selesa untuk kariah.

image is not available

Rafidah Ibrahim datang perak semata-mata tanam sentimen

Namun, beliau menyatakan rasa kecewa di Facebook apabila aktivis dan pelakon Rafidah Ibrahim dilihat cuba membangkitkan semula perkara itu hingga seolah-olah menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

“Malangnya, ada individu luar seperti Rafidah Ibrahim datang ke Perak semata-mata untuk menghidupkan kebencian, seolah-olah umat Islam di sini dizalimi.

Realitinya, ia hanyalah cubaan untuk menanam sentimen, membuat rakyat benci kerajaan, dan menonjolkan diri sebagai ‘terpaling dizalimi’.

Fakta tetap fakta ini bukan isu agama, bukan isu bangsa. Ia hanya soal peralihan ke surau baharu yang lebih baik,” katanya.

image is not available

Rafidah Ibrahim seakan tunjuk diri ‘terpaling dizalimi’

Izzuddin turut menjelaskan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyiapkan bangunan surau baharu lengkap dengan segala kemudahan.

Malah, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak juga memutuskan perobohan surau lama dibenarkan kerana sudah ada pengganti.

“JAIPk sendiri telah menyeru kariah agar bertenang dan berlapang dada menerima surau baharu ini,” katanya lagi.

image is not available

Dakwa surau bakal dirobohkan

Sebelum ini, Rafidah melalui satu video di media sosial mendakwa Surau al-Karamah bakal dirobohkan oleh pemaju perumahan untuk pembinaan jalan raya.

@rafidahhjibrahim2nd

Pemimpin Melayu akan sentiasa diuji dengan janji mereka pada rakyat #rafidahibrahim #pertahankansuraualkaramah

♬ Intense Epic - SoundForYou

Namun, menurut laporan media, isu itu sebenarnya sudah pun diselesaikan sejak empat tahun lalu dengan pembinaan surau baharu tidak jauh dari lokasi lama.

Sumber: Facebook Izzuddin Hariz, TikTok Rafidah Ibrahim