Anak Angkat Rizalman Ibrahim Kemalangan, Terperosok Bawah Lori Ais

31 Aug 2026 • 9:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Anak angkat kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail, 24, dilaporkan terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar sebuah lori ais di kawasan Wangsa Walk, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rizalman memaklumkan Umar ketika kejadian sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum sebuah lori ais yang sedang mengundur dipercayai bertembung dengannya.

Advertisement

Akibat kejadian tersebut, Umar dilaporkan terperosok di bawah lori dan digilis selama beberapa saat sehingga menyebabkan komplikasi pada organ dalamannya.

anak angkat rizalman

“Umar keluar sekejap semalam. Dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk sebelum tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais secara mengundur.

“Umar masuk ke bawah lori dan digilis selama beberapa saat. Disebabkan kejadian itu, terdapat sedikit komplikasi pada organ dalamannya.”

Keadaan Umar Kini Dipantau Pakar

Menurut Rizalman, keadaan Umar pada awalnya sangat kritikal selepas kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, anak angkatnya kini berada di bawah pemantauan pasukan pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Rizal

Rizalman turut meluahkan rasa syukur atas bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian, selain rakan-rakannya yang membantu memudahkan urusan Umar mendapatkan rawatan di hospital.

“Kepada semua yang telah membantu, doa dari keluarga dan sahabat sehinggalah anda semua. Saya doakan segala doa yang dipanjatkan akan berbalik kepada anda semua dan keluarga dalam bentuk ihsan.”

Rizalman Mohon Doa Buat Umar

Dalam perkongsian sama, Rizalman berkata dia percaya Umar keluar pada hari kejadian untuk mengeluarkan gaji bulanannya di mesin ATM sebelum menyedekahkan wang tersebut kepadanya.

Sehubungan itu, Rizalman memohon orang ramai agar terus menitipkan doa buat Umar yang kini masih menjalani pemantauan daripada pasukan pakar.

Beliau turut berharap segala urusan rawatan anak angkatnya dipermudahkan dan Umar diberikan kekuatan untuk melalui tempoh pemulihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Anak Angkat Rizalman Ibrahim Kemalangan, Terperosok Bawah Lori Ais2026-08-29 16:50:51

Vokalis BPR, Joey Meninggal Dunia Pada Usia 63 Tahun

The post Anak Angkat Rizalman Ibrahim Kemalangan, Terperosok Bawah Lori Ais first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved