Umar mula beri tindak balas, masih dipantau rapi

LocalHealth & Fitness
31 Aug 2026 • 3:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Umar mula beri tindak balas, masih dipantau rapi

KUALA LUMPUR: Anak angkat pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail, 27, mula menunjukkan tindak balas positif dalam proses rawatan di hospital selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ais di Wangsa Walk, Wangsa Maju, kelmarin.

Bagaimanapun, Rizalman berkata, pasukan perubatan masih menjalankan pemantauan rapi bagi mengesan kemungkinan berlakunya sebarang komplikasi terhadap keadaan Umar.

“Bismillah, Umar semakin menunjukkan tindak balas. Doktor masih menunggu sebarang komplikasi, jika ada dan dipantau sentiasa,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story (IG), hari ini.

Kelmarin, Rizalman menerusi hantaran di Instagram memaklumkan Umar terlibat dalam kemalangan ketika berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk.

Menurutnya, Umar dipercayai bertembung dengan sebuah lori ais sebelum terjatuh di bawah kenderaan terbabit.

Kejadian itu dilaporkan menyebabkan Umar mengalami kecederaan serius serta komplikasi terhadap organ dalaman selepas dipercayai digilis kenderaan berkenaan selama beberapa saat.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut tampil membantu mangsa, manakala urusan membawa Umar untuk mendapatkan rawatan di hospital dipermudahkan dengan bantuan kenalan serta sokongan dan doa daripada orang ramai.

The post Umar mula beri tindak balas, masih dipantau rapi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved