”Anak Bulan Tak Kelihatan” – Datuk Red Reda Menduda Sampai Tua

LocalEntertainment
17 Mar 2025 • 2:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datuk Red Adira Suhaimi

Hasrat usahawan Datuk Seri Adnan Abu untuk kembali bersama bekas isterinya, Adira Suhaimi nampaknya tidak kesampaian.

Menurut laporan mStar, Datuk Red berkata yang mereka lebih selesa mengekalkan hubungan sebagai sahabat dan mengutamakan anak-anak berbanding perasaan peribadi.

Dulu hanya merancang sahaja, tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan. Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang.

Datuk Red sedia hidup sebagai duda selamanya

image is not available

Walaupun masih menyayangi Adira, Datuk Red menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan tidak terburu-buru mencari pengganti.

Cinta tak semestinya memiliki, andai Adira berjodoh dengan orang lain pun, saya tiada masalah.

Malah, beliau juga sedia bergelar duda tua selamanya jika tidak berjodoh semula dengan Adira.

Faktor kewangan jadi penghalang

image is not available

Selain jodoh, faktor kewangan turut menjadi sebab Datuk Red menangguhkan niat untuk berkahwin semula.

Beliau mengakui masih mempunyai hutang lama yang perlu diselesaikan dan tidak mahu membebankan sesiapa, termasuk Adira.

Saya sedar diri dan tidak mahu membebankan isteri saya jika berkahwin nanti.

#ApaKataOhmedia

Jodoh itu rahsia Allah. Kadang-kadang, walaupun masih ada perasaan sayang, takdir mungkin mengatur sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Apa pun, yang penting kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak tetap diutamakan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.