Rumusan Artikel
Aiman Banna menjadi perhatian selepas muncul perkongsian mengenai usaha mencari calon isteri ketiga.
Isteri sedia ada mendakwa dia sendiri membantu mencari wanita yang sesuai untuk suaminya.
Calon yang dicari perlu bersedia menjadi suri rumah sepenuh masa serta menerima anak-anak sedia ada.
Netizen mengkritik tindakan tersebut dan meminta pasangan berkenaan memberi tumpuan kepada anak-anak serta keluarga, lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak keenam pada Ogos lalu.
Seorang pendakwah dan penulis, Aiman Banna menjadi perhatian selepas perkongsian mengenai usaha mencari calon isteri ketiga dalam sebuah perkahwinan poligami mengundang pelbagai reaksi netizen.
AdvertisementMenerusi perkongsian tersebut, seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri kepada Aiman berkata dia sedang membantu suaminya mencari wanita yang bersedia menjadi isteri ketiga.
View this post on Instagram
“Saya sedang membantu suami saya mencari seorang wanita yang bersedia untuk menjadi isteri ketiga dalam sebuah perkahwinan poligami.”
Wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa dia berharap calon tersebut bukan sahaja dapat membina rumah tangga bersama suaminya, malah boleh menjadi seorang kawan yang baik kepadanya.
“Saya bayangkan kita boleh makan malam bersama, bercuti sekeluarga bersama, umrah bersama.”
Menurut perkongsian itu, calon yang dicari mestilah matang, serius untuk berkahwin, bersedia menjadi suri rumah sepenuh masa serta mampu menerima anak-anak yang sedia ada.
Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi bahawa suaminya berusia 30 tahun, mempunyai enam orang anak serta terlibat dalam bidang penulisan, penerbitan buku, teknologi al-Quran, media dan pendidikan Islam.


Antara perkara yang mencetuskan perhatian ialah dakwaan bahawa isteri pertama dan kedua turut membantu mencari calon untuk isteri ketiga. Perkara itu mengundang kritikan daripada sesetengah netizen yang mempersoalkan keutamaan keluarga, khususnya selepas keluarga berkenaan dilaporkan baru sahaja menyambut kelahiran anak keenam pada Ogos lalu.
Ada yang berpendapat pasangan tersebut sepatutnya memberi tumpuan kepada anak-anak dan kehidupan keluarga sedia ada, berbanding terburu-buru mencari pasangan baharu.
Dalam pada itu, Aiman menerusi perkongsian lain berkata dia bersyukur dikurniakan isteri yang baik dan menyifatkan kehidupan poligami sebagai sesuatu yang halal dan baik.
“Alhamdulillah, saya dapat isteri yang baik, yang bersama dalam pernikahan poligami. Perkara yang halal dan baik. Kita normalisasikan poligami yang harmoni dan ikut sunnah.”
Isu tersebut kemudian menjadi perbualan dalam kalangan netizen, dengan sebahagian daripada mereka mempertikaikan keputusan untuk mencari isteri ketiga ketika keluarga sedia ada masih mempunyai anak-anak kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- “Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri"
The post “Anak Ke-6 Baru Lahir Ogos, Fokus Yang Tu Dulu” – Pendakwah Aiman Banna Cari Isteri Ke-3, Isteri Turut Iklan Pencarian Namun Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





