Pangkat Tinggi Pun Tidak Terlepas Undang-Undang, PDRM Serah Laporan Awal Kes Libat KP AKPS Kepada Jabatan Peguam Negara

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • PDRM akan menyerahkan laporan awal siasatan kes dakwaan kekasaran Ketua Pengarah AKPS kepada Jabatan Peguam Negara.

  • Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada kertas siasatan itu lengkap dan mempunyai asas kes yang mencukupi.

  • Kebocoran serta penyebaran rakaman CCTV turut menjadi sebahagian daripada fokus siasatan polis.

  • Mohd Shuhaily sebelum ini berkata beliau bersedia menerima sebarang keputusan kerajaan berhubung video tular berkenaan.

 

Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal siasatan berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap seorang penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.

Advertisement

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada kertas siasatan berkenaan sudah lengkap dan mempunyai asas yang mencukupi.

saifuddin nasutionBERNAMA  

“(Jika tidak) besar kemungkinan Peguam Negara akan mengarahkan langkah diambil lagi bagi memastikan kertas itu betul-betul meyakinkan atau mempunyai asas kes yang cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kebocoran Rakaman CCTV Turut Disiasat

Menurut Saifuddin, aspek kebocoran dan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden tersebut turut menjadi sebahagian daripada siasatan polis.

“Ketika predikat dan hala tuju siasatan diletakkan sebagai landasan, elemen kebocoran dan punca sebaran video itu juga adalah dalam senarai semak, selain rakaman percakapan dan bukti lain. Itu dalam tindakan pihak polis,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Shuhaily dilaporkan menyerahkan kepada kerajaan berhubung sebarang tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Beliau turut memaklumkan perkara itu sudah diketahui peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN), selain bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trendingyang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pangkat Tinggi Pun Tidak Terlepas Undang-Undang, PDRM Serah Laporan Awal Kes Libat KP AKPS Kepada Jabatan Peguam Negara2026-10-01 14:15:13

"Apa Jua Keputusan Badan Tertinggi Saya Terima" - Tular Video Kekerasan Di KLIA, KP AKPS Datuk Shuhaily Beri Kenyataan

The post Pangkat Tinggi Pun Tidak Terlepas Undang-Undang, PDRM Serah Laporan Awal Kes Libat KP AKPS Kepada Jabatan Peguam Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved