Anak kritikal, belum tahu ibu bapa sudah tiada

LocalHealth & Fitness
4 Oct 2026 • 8:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak kritikal, belum tahu ibu bapa sudah tiada

KLUANG – Seorang anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 72.5 Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Felcra Berhad Sungai Kahang, di sini petang kelmarin masih dalam keadaan kritikal dan tidak mengetahui ibu ba­panya sudah meninggal dunia.

Mangsa, Syahida Mislan, 24, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang selepas mengalami pendarahan pada paru-paru selain beberapa kecederaan dalaman yang kritikal.

Menantu mangsa, Mohamad Hazerul Maula Salim, 33, berkata, Syahida juga masih memerlukan bantuan pernafasan dan akan dirujuk ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ujarnya, keadaan Syahida menyebabkan keluarga mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan terlebih dahulu mengenai kematian ibu bapanya, Mislan Osmin, 54, dan Nor Azilah A Rahman, 49.

“Adik ipar saya masih tidak tahu ayah dan ibunya sudah meninggal dunia.

“Dia sekarang masih dalam keadaan kritikal dan doktor sedang pantau keadaannya kerana mengalami pendarahan paru-paru serta kecederaan dalaman lain,” katanya.

Hazerul berkata, seorang lagi anak pasangan itu, Fatimah Mislan, 21, kini dirawat di wad biasa HEBHK dan sudah mengetahui mengenai kematian ibu bapanya.

Katanya, ketika kejadian, Mislan dan Nor Azilah bersama Syahida serta Fatimah dalam perjalanan pulang selepas menghantar ibu pasangan itu ke rumahnya di Mersing.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Mislan dari arah Kahang menghala ke bandar Kluang dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin selepas hujan sebelum masuk ke laluan lori dari arah bertentangan.

The post Anak kritikal, belum tahu ibu bapa sudah tiada appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved