Siap Panggil Polis! Wanita Terkejut Jumpa Kaki ‘Manusia’ Tertanam Dalam Tanah Tepi Pantai, Rupanya… [Video]

4 Apr 2025 • 5:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kawasan pantai sering menjadi pilihan orang ramai untuk beriadah atau meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Suasananya yang menenangkan ditambah pula keadaan angin sepoi-sepoi bahasa serta deruan ombak menyebabkan ia sering mendapat tempat di hati ramai.

Kadangkala, tidak semua kawasan tepi pantai cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi bersama keluarga khususnya kanak-kanak.

Apatah lagi, banyak sampah sarap seperti sisa plastik, kayu dan kaca berselerakan menyebabkan ia amat berbahaya kepada orang ramai.

Terjumpa ‘Kaki Manusia’ Tertanam Dalam Pasir Tepi Pantai

Jika kebanyakan orang akan menemui sampah sarap ketika di tepi pantai, namun lain pula dengan seorang wanita ini yang terjumpa ‘kaki manusia’.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @uf9119, kelihatan kaki manusia itu tertanam di dalam pasi dipercayair di kawasan tepi pantai Paka, Terengganu.

Malah, terdapat tali serta beberapa botol turut berada berhampiran kaki manusia berkenaan.

Perkongsian wanita itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang terkejut dan tertanya-tanya adakah kaki seakan tubuh badan manusia itu merupakan mayat.

Malah, terdapat dua orang individu dipercayai anggota polis turut berjalan ke lokasi bersama suaminya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Telefon Polis Untuk Tindakan Selanjutnya, Polis Pelik Tiada Bau Ketika Menghampiri Anggota Badan

Menerusi satu video berasingan, wanita itu menjelaskan dia dan ahli keluarga pada mulanya pergi ke kawasan pantai yang tidak dipenuhi dengan orang ramai sebelum terjumpa kaki tersebut.

Risau dengan apa yang dilihatnya, dia memilih untuk menelefon pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Sebelum orang fikir bukan-bukan, ini ending (pengakhiran) dia, kami ke pantai pergi dekat kawasan yang orang tak ramai, sekali terjumpa ‘kaki’, risaulah kaki budak ke, fikir-fikir telefon polis je lah,” kongsinya.

Ketika pihak polis datang menyiasat, pihak berkuasa turut berasa hairan memandangkan anggota badan tersebut tidak berbau namun terdapat semut yang berada berhampiran.

Rupanya Kaki Bukan Milik Manusia Tetapi Patung Memuaskan Nafsu

Kongsinya lagi, polis itu terus menarik keluar kaki berkenaan namun alangkah terkejutnya mereka bahawa kaki itu bukanlah mayat seperti yang disangkakan sebaliknya ia adalah patung pemuas nafsu.

Walaupun rasa lega namun penemuan itu mendatangkan rasa jijik kepada pengguna berkenaan.

“Bukan mayat orang tetapi patung memuaskan nafsu (s*x doll). Semua terus rasa lega tapi rasa jijik. Realistik ya benda ini. Apa benda jijik betul ada benda gini dekat pantai Paka kot,” tulisnya.

Wanita itu turut memohon maaf kepada pihak polis kerana telah menyusahkan mereka.

“Kami mohon maaf kepada pihak polis susahkan tetapi mereka beritahu tak apa, memang perlu telefon sekiranya jumpa perkara mencurigakan macam ini. Nak tergelak, nak muntah pun ada,” tulisnya lagi.

image is not available

Ramai Terkejut, Sangka Mayat Tertanam Di Tepi Pantai

Perkongsian yang telah mendapat lebih 3 juta itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang pada mulanya terkejut dan menyangka kaki tersebut adalah kaki manusia.

Malah, ada yang tertanya – tanya dan meminta pengguna berkenaan berkongsikan cerita sebenar.

Namun, ramai juga yang menarik nafas lega sebaik mengetahui kebenaran sebenar namun tetap berasa jijik dengan si pelaku.

Pun begitu, ada yang berpendapat kemungkinan patung tersebut sebenarnya dihanyutkan oleh laut sebelum terdampar di kawasan tepi pantai berkenaan.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Ending Lain Macam Weh, Mujur Bukan Mayat”

image is not available

“Kenapa Tak Boleh Nak Imagine Patung Apa Eh”

image is not available

“Hanyut Dari Laut Cina Selatan Kot, Banyak Dah Botol Kaca Dari Negara Cina Pun Boleh Ada Tepi Pantai Ganu”

image is not available

“Kita Risau Takut Betul Mayat, Tindakan Yang Bagus”

image is not available

“Nak Pelik Pun Tak Boleh Juga, Sebab Tepi Pantai, Sampah Bukan Negara Kita Pun Boleh Sampai”

image is not available

Source: