'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16'

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16'
Himpunan Konvoi Anak Muda sempena Sambutan 75 Tahun Pas itu menjadi isyarat jelas bahawa sokongan generasi muda terhadap perjuangan parti berkenaan masih kukuh.
Image from: 'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16'
Lebih 1,000 anak muda Pas dari seluruh negara memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa generasi muda tidak mudah dipengaruhi dakyah parti itu menjelang PRU16.

KOTA BHARU - Lebih 1,000 anak muda Pas dari seluruh negara memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa generasi muda tidak mudah dipengaruhi dakyah parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, himpunan menerusi Konvoi Anak Muda sempena Sambutan 75 Tahun Pas itu menjadi isyarat jelas bahawa sokongan generasi muda terhadap perjuangan parti berkenaan masih kukuh.

Menurut beliau, kehadiran peserta dari pelbagai negeri dalam jumlah besar itu bukan sekadar menyertai program permotoran, sebaliknya membawa mesej politik yang jelas kepada PH.

"Ini adalah satu amaran kepada PH. Anak muda terus bersama Pas. Anak muda tidak mudah termakan dengan dakyah PH.

"Bersedialah untuk dikuburkan dalam PRU16. Anak muda akan menjadi penggali kubur kepada PH nanti," katanya.

**media[3637126]**

Konvoi berkenaan bermula dengan peserta berkumpul di Pusat Khidmat DUN Panchor sebelum bergerak menuju ke Dataran Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini.

Ketibaan peserta disambut Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib bersama kepimpinan Pemuda Pas Malaysia.

Program diteruskan dengan solat asar berjemaah dan sesi Pidato Anak Muda yang turut menampilkan Ketua Pengarah ARC Malaysia, Hanafi Zulkapli.

Mohd Firdaus yang juga Timbalan Ketua Pengarah DACS Pemuda Pas Malaysia memberitahu gelombang penyertaan anak muda itu membuktikan generasi baharu bersedia memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju politik negara.

Ujarnya, golongan muda bakal menjadi antara kelompok penting yang menentukan keputusan PRU16, justeru Pas melihat mobilisasi anak muda sebagai elemen penting dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved