Sanusi yakin perjuangan PAS berteraskan Islam – “Tak perlu manifesto haramkan judi”

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 10:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak perlu menyatakan secara khusus larangan perjudian dalam manifesto pilihan raya kerana pendirian parti berkenaan terhadap kegiatan itu telah termaktub dengan jelas dalam dasar dan Perlembagaannya.

Image from: Sanusi yakin perjuangan PAS berteraskan Islam – “Tak perlu manifesto haramkan judi”

Foto: Sanusi

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjuangan Pas berteraskan Islam yang sememangnya menolak perjudian sebagai sebahagian daripada usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam negara.

“Dasar Pas adalah Islam, seruan Pas adalah Allahuakhbar dan dalam Islam sendiri tidak boleh berjudi.
“Perkara itu sudah ada dalam Perlembagaan Pas, Fasal 5, tidak perlu tunggu manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Podcast Anak Muda sempena Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencabar Pas supaya memasukkan pengharaman judi dan arak dalam manifesto pilihan raya parti itu.

Image from: Sanusi yakin perjuangan PAS berteraskan Islam – “Tak perlu manifesto haramkan judi”

Sementara itu, Sanusi berkata, Kerajaan Negeri Kedah kini menanti perkembangan perundangan seterusnya susulan kemungkinan pengusaha premis perjudian mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi.

“Meraka nak bawa kes untuk ganti rugi, jadi kita lawanlah,” jelasnya.

Artikel lain: AMK Johor persoal Sanusi, tanya kenapa PAS tak hapus judi ketika berkuasa?

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat tidak lagi melihat perjudian sebagai kaedah untuk meraih keuntungan atau meletakkan harapan kepada nasib.

“Tak kiralah orang Kedah, orang mana pun jangan bergantung harap kepada nasib dengan berjudi,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved