Anak peneroka maut dibunuh mahu hukuman setimpal kepada pelaku

27 Oct 2026 • 3:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anak peneroka maut dibunuh mahu hukuman setimpal kepada pelaku

JOHOR BAHRU: Ahli keluarga kepada peneroka yang maut dibunuh seorang lelaki menggunakan kapak di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi semalam mahu hukuman setimpal terhadap pelaku.

Anak sulung mangsa yang enggan dikenali berkata, bapanya yang berusia 68 tahun itu tinggal di kawasan Felda tersebut bersama ibunya, seorang adik perempuan serta suaminya.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa bapanya adalah pada Sabtu lalu ketika dia pulang ke kampung halaman menjenguk kedua ibu bapanya.

“Saya dimaklumkan oleh rakan di kampung, ayah ditetak sehingga meninggal. Saya bergegas pulang dari Pengerang sebelum tiba kira-kira pada pukul 9 malam.

“Kami tidak tahu apa motif suspek berbuat demikian, setahu saya ayah dan suspek tidak kenal rapat. Mereka hanya kenal sebagai penduduk kampung sahaja, jarak rumah jauh, umur mereka juga jauh beza,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah lelaki berusia 40 tahun itu, dia terkejut apabila mendengar perkhabaran berkenaan kerana ayahnya tidak tidak mempunyai masalah dengan penduduk setempat.

“Ayah sihat sahaja, tidak mempunyai apa-apa penyakit. Kali terakhir jumpa pun tiada apa-apa perubahan ditunjukkan. Jadi kami sekeluarga terkejut dengan apa yang berlaku kerana perbuatannya kejam.

“Kami harap pembelaan sewajarnya buat ayah kami, semoga pelaku diberikan hukuman setimpal. Jika ada masalah atau perselisihan antara mereka ia boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.

Semalam, tular di media sosial melibatkan kejadian seorang peneroka Felda maut dipercayai ditetak menggunakan kapak di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad memberitahu suspek yang berusia 41 tahun telah berjaya ditangkap di kawasan kebun Kelapa Sawit di Kota Tinggi pada pukul 10.26 pagi, hari ini.-UTUSAN

The post Anak peneroka maut dibunuh mahu hukuman setimpal kepada pelaku appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved