Anak Perempuan OKU Jadi Mangsa Eksploitasi Seks Ibu Kandung & Bapa Tiri

Entertainment
21 Mar 2023 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang anak berhak disayangi dan diberi perhatian daripada ibu bapa. Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

Seorang ibu kandung dan bapa tiri tergamak memperdagangkan anak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam bagi tujuan eksploitasi seksual.

Anggota polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan mangsa dalam satu serbuan menerusi Op Pintas pada 15 Mac lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh, operasi menyelamatkan wanita OKU pembelajaran tersebut adalah antara kejayaan pihak polis kontinjen Pulau Pinang bagi suku tahun ini sejak Januari lalu.

image is not available

Memetik sumber Utusan, pasangan suami isteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah memperdagangkan anak gadis mereka berusia 20 tahun lapan bulan bagi maksud eksploitasi seks.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara jam 6 petang hingga 10 malam pada Januari hingga 14 Februari lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.