“Anak saya picky eater.”

Health & Fitness
3 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: “Anak saya picky eater.”
Public Health Malaysia

Ramai ibu bapa cakap ayat ini.

Tapi kadang-kadang, anak bukan sekadar memilih makanan.

Ada anak yang takut tekstur tertentu.

Ada yang terus muntah bila makanan masuk mulut.

Ada yang hanya makan 3 hingga 5 jenis makanan sahaja.

Ada yang menangis setiap kali waktu makan.

Ada yang berat badan mula jatuh atau tumbesaran tidak seperti sepatutnya.

Picky eater biasa selalunya masih boleh makan pelbagai makanan tertentu, masih membesar dengan baik, dan perlahan-lahan boleh cuba makanan baru.

Tapi selective feeding yang serius boleh menyebabkan anak kekurangan nutrisi, kurang tenaga, susah naik berat badan, sembelit, dan waktu makan menjadi medan perang setiap hari.

Ibu bapa jangan terlalu cepat marah.

Kadang-kadang anak bukan mengada-ngada.

Kadang-kadang ada isu sensori, trauma tercekik, reflux, masalah kunyah, perkembangan, atau gangguan makan seperti ARFID.

Apa yang boleh dibuat?

Mulakan dengan tenang.

Jangan paksa sampai anak trauma.

Jangan ugut dengan rotan atau marah setiap kali makan.

Jangan jadikan makanan sebagai hukuman.

Letak makanan baru dalam kuantiti kecil.

Ulang pendedahan berkali-kali.

Makan bersama anak.

Puji usaha kecil, bukan paksa habiskan pinggan.

Kurangkan jajan dan susu berlebihan sebelum waktu makan.

Dapatkan penilaian jika anak:

Berat badan turun atau susah naik.

Terlalu terhad jenis makanan.

Kerap muntah, gagging atau takut tercekik.

Nampak letih, pucat atau kurang aktif.

Waktu makan selalu berakhir dengan tangisan dan tekanan.

Ada kelewatan perkembangan atau isu sensori.

Anak memilih makan bukan semestinya salah ibu bapa.

Tapi kalau ia mula mengganggu tumbesaran, kesihatan dan emosi keluarga, dapatkan bantuan awal.

Waktu makan sepatutnya membina hubungan.

Bukan menjadi medan perang setiap hari.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanKanakKanak #PemakananAnak


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved