Rita Rudaini tak mahu kejayaan anak terkait individu lain – “Saya yang pikul tanggungjawab ibu & bapa”

LocalFamily & Parenting
3 Jul 2026 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rita Rudaini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengaitkan kejayaan dua anaknya dengan mana-mana individu sehingga boleh menyinggung perasaan pihak tertentu.

Saya yang pikul tanggungjawab ibu, bapa

Image from: Rita Rudaini tak mahu kejayaan anak terkait individu lain – “Saya yang pikul tanggungjawab ibu & bapa”

Memetik laporan mStar, menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 51, dia selama ini memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal dalam membesarkan serta mendidik anak-anaknya sejak mereka kecil.

“Saya sentiasa bersyukur atas setiap rezeki dan kejayaan yang Allah kurniakan kepada anak-anak saya.
“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya sangat bangga melihat segala usaha, disiplin dan pengorbanan mereka akhirnya membuahkan hasil.
“Namun, saya juga berharap masyarakat dapat berlaku adil. Sejak anak-anak masih kecil sehingga ke hari ini, sayalah yang memikul tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa dalam membesarkan, mendidik, mengurus serta memberi sokongan kepada mereka dalam setiap fasa kehidupan,” katanya, baru-baru ini.

Rita berkata demikian sebagai reaksi terhadap segelintir komen netizen yang masih mengaitkan pencapaian anak sulungnya, Rayyan, dalam bidang sukan dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Image from: Rita Rudaini tak mahu kejayaan anak terkait individu lain – “Saya yang pikul tanggungjawab ibu & bapa”

Sebelum ini, Rayyan mencuri perhatian apabila dilaporkan memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar dalam kejohanan sukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menjelaskan perkara itu, Rita menegaskan dia tidak pernah menanam perasaan benci dalam diri anak-anaknya terhadap mana-mana pihak, sebaliknya mendidik mereka agar menghormati semua orang.

“Saya tidak pernah mengajar anak-anak untuk membenci sesiapa, malah saya sentiasa mendidik mereka supaya menghormati semua orang.
“Apa yang saya harapkan hanyalah agar pengorbanan seorang ibu yang telah melalui segala susah payah bersama anak-anak turut dihargai dan diiktiraf,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rita menegaskan kejayaan yang diraih anak-anaknya hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri.

“Kejayaan yang mereka kecapi hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri dengan izin Allah. Saya hanya menjalankan amanah sebagai seorang ibu sebaik mungkin.
“Jadi, apabila orang ramai ingin meraikan kejayaan mereka, cukuplah dengan mendoakan yang baik-baik tanpa perlu membandingkan atau mengaitkan dengan perkara yang boleh mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya percaya setiap anak berhak diraikan atas usaha mereka, dan setiap insan yang benar-benar memainkan peranan dalam kehidupan mereka juga wajar diberikan penghargaan yang sewajarnya,” tambahnya lagi.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved