Anak siapa makan curi-curi, tinggal ‘kulit’ dalam pasar raya?

8 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak siapa makan curi-curi, tinggal ‘kulit’ dalam pasar raya?

PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah pasar raya di Nenasi, Pekan, Pahang meluahkan kekecewaan selepas mendakwa terdapat individu yang mengambil dan memakan barangan jualan tanpa membuat bayaran.

Lelaki itu mendakwa, kejadian itu bukan berlaku kali pertama, malah terlalu banyak perkara serupa terjadi.

Menggunakan profil @Badawi Abusamah di media sosial, dia turut menggesa ibu bapa supaya lebih memantau tingkah laku anak-anak.

“Kepada pelanggan-pelanggan, minta tolong sangat perhatikan anak-anak anda. Terlalu banyak masalah seperti ini. Siap makan lagi. Belum lagi biskut, pun buka siap pakej makan.

“Tolong la ajar anak-anak anda semua. Saya tahu hantaran di sini jadi kesalahan dalam bekerja, tapi ini pun kerja saya juga. Mohon sangat-sangat ya,” katanya.

Luahannya itu meraih perhatian orang ramai yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab pelanggan terbabit, malah turut menggesa ibu bapa memantau anak masing-masing.

“Ramai ja yang macam ni. Jangan kan budak-budak, bapa budak pun ada. Dah makan kenyang-kenyang roti canai main pergi je tak bayar, ada yang tipu sebut nama roti. Agaknya apa yang dia orang fikir ya,” ujar @Are Zuee.

“Didikan mak ayah gagal sebab tu jadi macam ni. Bila mak ayah tak ajar anak daripada kecil, smpai ke tua la mencuri,” komen @Zairul Mohamad.

“Puncanya tiada adab dan tiada akhlak. Makan secara haram. Nauzubillah…,” ujar @Norieana Muhd Noor. – KOSMO! ONLINE

The post Anak siapa makan curi-curi, tinggal ‘kulit’ dalam pasar raya? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved