Tak selesa pergi pasar raya kena ganggu, dipeluk ‘maskot’

7 Sep 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak selesa pergi pasar raya kena ganggu, dipeluk ‘maskot’

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak selesa selepas mendakwa diganggu individu yang memakai kostum maskot ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di sini.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai Hamirahh mendakwa maskot yang dipakai warga asing berkenaan menghampiri pengunjung termasuk ketika mereka mahu memasuki premis sebelum didakwa memeluk serta meminta wang.

“Pihak Lotus Ampang, tolonglah kutip maskot-maskot ini. Mereka pakai maskot terjah orang bila nak masuk dalam masalahnya. Kurang ajar sangat!

“Siap rebut mainan anak aku. Semua maskot dalam ini masuk dalam kedai-kedai kutip duit. Peluk-peluk orang, paksa orang bagi duit,” dakwanya.

Hantaran berkenaan turut mendapat maklum balas daripada pihak pasar raya terbabit yang memohon maaf atas pengalaman yang dialami pengguna berkenaan.

“Hi Hamirahh, kami mohon maaf atas apa yang berlaku. Kami mengambil serius perkara yang dibangkitkan dan memohon maaf atas pengalaman yang berlaku.

“Kami akan siasat perkara ini dengan cawangan pihak Lotus’s Ampang dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan. Terima kasih kerana memaklumkan kepada kami,” kata pengendali akaun Lotus’s Malaysia.

Sementara itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Pengguna @faierahmat mendakwa terdapat individu memakai kostum berkenaan yang mengganggu pelanggan ketika berada di kedai makan.

“Ada ni haa sebelah kacau orang nak makan kat kedai. Minta sedekah. Dia datang tadi memang tak layan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @zairinismail pula menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membenarkan anak-anak dipeluk oleh individu yang memakai kostum maskot.

“Jangan beri anak-anak peluk, bahaya. Ada maskot yang gatal ambil kesempatan. Ada terbaca hari itu meraba budak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tak selesa pergi pasar raya kena ganggu, dipeluk ‘maskot’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved