
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila suami kepada usahawan Yatie Kamarzaman iaitu Zaidi Aziz dituduh menjodohkan Bonda Rozita Ibrahim dengan suami baru.
Dalam satu sesi live, Kak Yatie selaku anak sulung Bonda Rozita menjelaskan perkara sebenar di mana mereka sendiri terkejut apabila dikaitkan dengan pernikahan tersebut.
Kak Yatie nafi jodohkan ibu, tak dijemput ke akad nikah

Dia turut mempersoalkan logik tuduhan tersebut kerana dirinya dan suami langsung tidak dijemput ke majlis akad nikah ibunya.
Itu yang aku geram segeram geramnya. Tak elok buat fitnah, benda tu dah tersebar tau. Laki aku yang perkenalkan laki baru? Punca salah faham tu korang, even adik Kak Yatie Ain salah faham. Ajim pun cakap benda yang sama, netizen pun sama.
Dedah Kak Yatie lagi, fitnah yang tersebut membuatkan mereka adik beradik bergaduh besar. Ketika itu, adiknya Aliff Syukri menjadi orang tengah menjadi pendamai.
Kalau kitorang yang menjodohkan, kenapa masa akad nikah antagonis ni tak ada? Jeng jeng jeng logik tak? Situ pun korang dah nampak. Tiba-tiba nama Abang Edy kena petik, kan tak elok tu. Kalau contoh daddy (suami lama) dengar, daddy pun ingat, “Oh patutlah, anak tiri tak suka aku.. Menantu pun carikkan jodoh..
Jelasnya lagi, fitnah yang mengaitkan nama Abang Edy membuatkan pihaknya telah menukar peguam syarikat.
Kak Yatie dan Abang Edy tukar peguam syarikat

Siapa dalang nikah? Ada dalang nikah dia. Aku kalau cerita, korang terkejut nanti. Takpe tak payah buka benda tu dah lepas. Abang Edy terkilan kena fitnah, kitorang tak tahu apa-apa. That’s it kita tukar lawyer semua, tak apa. Faham-fahamlah sendiri. Tak kisahlah rugi, dah tukar lawyer. Takkan lah korang, semua dah baik-baik takkan tiba-tiba nak carikan jodoh. Abang Edy tak campur.
Mereka tidak kisah rugi asalkan tidak dikaitkan lagi dengan pihak tersebut. Namun, Kak Yatie tidak menyebut secara jelas peguam yang dimaksudkan.
Bukan saja malu, malah mereka sekeluarga terpaksa berhadapan dengan kemarahan ramai hanya kerana tuduhan palsu.
Video penuh
Kak yatie dah jelaskan semua. Apa apa pun, jodoh rahsia Allah kan, kita doa family mereka baik baik saja positivevibes. #nasihatkehidupan #fitnah yatiesendayutinggi. viral. #fyppppppppppppppppppppppp
Korang tak tahu apa jadi kat belakang, sebab tu korang janganlah komen, “Jagalah hati ibu”. Korang tak tahu apa yang berlaku dekat belakang, bagaimana Syukri cuba untuk cool downkan semua orang.
Menurut wanita ini, tiada siapa pun yang menjodohkan pasangan tersebut. Tetapi mereka jatuh cinta disebabkan jodoh yang sudah ditentukan Allah SWT.
Pssttt! Baru tahu rupa-rupanya Kak Yatie pun tak diundang ke majlis nikah bondanya. Jadi tak patutlah tuduh bukan-bukan macam tu. Didoakan semoga keluarga ini baik-baik je macam biasa.
Kredit: TikTok @honey1980_3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


