Netizen Sokong Bonda Rozita, Ibu Mentua Dari Syurga - “Rezeki Terindah Seorang Menantu Perempuan Adalah Dapat Ibu Mentua Yang Menghargainya”

21 Apr 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ibu mentua dari syurga

 


Rata-rata netizen melabelkan Rozita sebagai ibu mentua dari syurga yang menjaga menantunya dengan baik.


 


Malah netizen juga berterima kasih kepada Rozita kerana membela Shahida yang dianggap sebagai menantu yang baik oleh netizen.


 


Antara komen yang diberikan netizen:


 


“Terima kasih bonda rozita menjadi mertua yang membela menantunya Datin Shahida. Love ayat bonda Rozita,”


 

“Rezeki terindah seorang menantu perempuan adalah dapat ibu mertua yang memahami, menghargai dan menyayangi dia seperti anak kandungnya sendiri. Tahniah bonda dan Ida. Alahmdulillah,”

 


“Satu kelebihan keluarga ini adalah mereka saling melindungi dengan cara berhemah. Terbaik,”


image is not available


 


Terdahulu, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan Datin Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.


 


Tak berdiam diri, anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Shahida.


 


Malah Bonda Rozita Ibrahim juga turut meluahkan penghargaan tulus terhadap menantunya, Shahida, menerusi satu hantaran di Instagram yang menyentuh hati ramai.


 


Rozita menyifatkan Shahida sebagai 'beauty with brain', Rozita mengakui wanita itu bukan sahaja isteri kepada anak lelakinya, Datuk Aliff Syukri, malah sahabat sejati yang sentiasa ada saat suka dan duka.