Bonda Rozita tampil perjelas, Rebecca tak pernah pinjam RM1.5 juta

LocalEntertainment
22 Apr 2025 • 5:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita tampil perjelas mengenai spekulasi yang membabitkan Datin Rebecca Nur Al Islam yang didakwa meminjam RM1.5 juta daripadanya sebelum ini.

Enggan untuk membiarkan keadaan itu bertambah keruh, Bonda Rozita berkata adik iparnya itu tidak pernah meminjam sejumlah wang itu dan tak terlibat dalam urusan perniagaan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga.

Bonda Rozita tampil perjelas

Instagram will load in the frontend.

“Susah juga saya nak membuka mulut, penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.

“Saya nak mencelah di sini untuk menjernihkan spekulasi tentang Datin Rabecca. Pertama dia tak ada meminjam wang 1.5 juta dan kedua saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas kahwin dengan suami saya.

“Semoga Allah redhai beri kita semua hikmah , pelajari untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkat” ujarnya dalam sebuah hantaran di Instagram, hari ini.

Bonda Rozita tampil perjelas

image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Rebecca berani bersumpah atas nama Allah selepas didakwa meminjam RM1.5 juta daripada kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim.

Katanya, dia telah difitnah dan tidak pernah menerima sejumlah wang seperti yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Malah, Rebecca turut mengakui kesilapannya apabila membalas kenyataan Shahida yang mendakwa dirinya suka mencari publisiti kerana kerap berkongsi tentang ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

Sumber: Instagram @bondarozitaibrahim