Anak sulung maut dipukul tukul, adik disyaki terbabit

3 Oct 2026 • 10:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anak sulung maut dipukul tukul, adik disyaki terbabit

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental di Marang.

MARANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental, dalam kejadian di Kampung Tasek, di sini, hari ini.

Mangsa Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan adik-beradik, dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu.

Ibu mangsa Hasnah Sulong, 63, berkata dia masih terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah, sebelum terdengar jeritan dari bahagian hujung rumah, diikuti bunyi seperti seseorang dipukul.

“Saya terus memanggil suami Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, dia nampak Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek, di sini hari ini.

Hasnah berkata anak keduanya, Affendi, 42, yang mempunyai masalah kesihatan mental, disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata seorang lagi anaknya Rurazmiza, 36, turut cedera pada bahagian belakang, akibat dipukul menggunakan tukul ketika cuba meleraikan kejadian itu.

“Rurazmia cuba masuk untuk meleraikan kejadian, tetapi dia turut mengalami kecederaan akibat dipukul,” katanya.

Hasnah yang pernah mengalami strok berkata kejadian itu, mengingatkannya kepada insiden kira-kira 12 tahun lepas apabila suaminya pernah ditikam oleh anak yang sama.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang keluarga berkenaan daripada terus menjaga dan tinggal bersama dengan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Supt Saari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved