Dua beradik maut, nahas ketika mahu hantar adik ke Pasti

29 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik maut, nahas ketika mahu hantar adik ke Pasti

ARAU – Kemalangan tragis yang meragut nyawa dua beradik di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran Bukit Mas, di sini pagi tadi berlaku ketika Ahmad Rifaie Zambri, 42, mahu menghantar adiknya ke tempat kerja.

Adik Ahmad Rifaie iaitu Allahyarham Hakimah, 33, merupakan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al Huda Pauh Putra, di sini.

Ketua Guru Pasti, Hanisah Hamid berkata, biasanya Hakimah menunggang motosikal sendiri ke tempat kerja, namun ada kalanya dia dihantar oleh abangnya.

“Saya tidak menyangka kelewatan arwah ke tempat kerja hari ini adalah bersebab. Dia tidak akan kembali lagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hanisah, pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh warga Pasti Al Huda Pauh Putra.

“Arwah seorang yang berdikari dan tidak suka menyusahkan sesiapa. Dia selalu membantu rakan-rakan, baik dengan semua orang selain sering memberikan kata-kata positif dan peringatan kepada kami,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

The post Dua beradik maut, nahas ketika mahu hantar adik ke Pasti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved