Anak syarikat PTT Synergy beli dua kilang bernilai RM22 juta di Sepang

Business & Finance
17 Jul 2024 • 6:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat PTT Synergy beli dua kilang bernilai RM22 juta di Sepang

herman

17/07/2024 - 18:18

KUALA LUMPUR 17 Julai - Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd., anak syarikat sepenuhnya PTT Synergy Group Berhad membeli dua bidang tanah bersama kilang yang keseluruhannya bernilai RM21.99 juta.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, PTT Synergy berkata, dua bidang tanah itu terletak di Pusat Perindustrian Serenia, Bandar Serenia, Sepang, Selangor.

Katanya, Pembinaan Tetap Teguh telah memasuki perjanjian jual beli (SPA) secara berasingan dengan Sime Darby Property (Serenia City) Sdn. Bhd. dan Sime Darby Property (Ampar Tenang) Sdn. Bhd. pada 17 Julai 2024 yang masing-masing melibatkan nilai RM10.99 juta.

"Setiap kilang semi-D (berkembar) itu berkeluasan 17,608 kaki persegi dengan keluasan tanah 2,633.4 meter persegi," katanya hari ini.

Menurut PTT Synergy, pembelian akan dipenuhi sepenuhnya dengan cara pinjaman luar.

"Cadangan pengambilalihan adalah untuk operasi perniagaan Kumpulan PTT untuk menampung pengembangan perniagaan.

"Hartanah terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses oleh lebuh raya utama. Oleh itu, hartanah ini dijangka sesuai untuk menampung pengembangan perniagaan," katanya yang memaklumkan Lembaga Pengarah percaya prospek masa depan Hartanah adalah menguntungkan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved