Anak tiri TokTi selamat bertunang, Asyraf Khalid juga ucap tahniah

EntertainmentLifestyle
28 Apr 2025 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak tiri kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi iaitu Aazief Khalid selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Anak tiri TokTi bertunang

image is not available

Berita gembira itu dikongsikan oleh usahawan dan personaliti media sosial Asyraf Khalid yang juga merupakan abang kepada Aazief menerusi hantaran di Instagram Story.

“Adik saya yang paling kecil dah selamat bertunang.

“Tahniah Aazief dan pasangan, semoga hubungan ini dirahmati oleh Allah SWT,” tulis Asyraf hari ini.

image is not available

Dalam video tersebut, Aazief terlihat segak mengenakan baju Melayu teluk belanga berserta samping bewarna kuning ditemani ibunya Tengku Zawyah Tengku Izham.

Difahamkan, wanita yang berjaya menjadi pilihan hati Aazief itu hanya dikenali dengan nama Izza sahaja.

image is not available

Bukan itu sahaja, majlis tersebut turut dihadiri oleh TokTi yang manis berbaju kurung rona hijau bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra disapa sebagai Datuk K.

Dilihat juga, TokTi mesra bersama Tengku Zawyah yang merupakan bekas isteri kepada Datuk K.

Terdahulu, usahawan selebriti Tya Ariffin yang juga merupakan kakak ipar kepada Aazief memberitahu bahawa pempengaruh itu sedang berhubungan mesra bersama pelakon Amelia Handerson.

Sumber: Instagram Asyraf Khalid