Anak Ucap Selamat Tinggal Pada Ayah, Tapi Pesanannya Buat Ramai Terhibur

Family & ParentingLifestyle
29 Apr 2026 • 9:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anak Ucap Selamat Tinggal Pada Ayah, Tapi Pesanannya Buat Ramai Terhibur

Anak Ucap Selamat Tinggal Pada Ayah, Tapi Pesanannya Buat Ramai Terhibur

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah buat selamanya. Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang antara ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Biasanya, ibu dan ayah sering menjadi teman bercerita, tempat meluah masalah, tempat berkongsi kasih sayang serta tempat mengadu nasib buat anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu dan ayah juga merupakan sosok yang penting dalam hidup anak-anak.

Namun, bagi segelintir individu, mungkin ada yang tidak dapat meluangkan masa secukupnya bersama anak-anak atas urusan kerja.

Lebih-lebih lagi bagi sebahagian ibu atau bapa yang hanya pulang sekali-sekala untuk melihat keadaan anak dan keluarga di rumah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @blessfulnaa di TikTok, dia berkongsi satu momen yang mencuit hati antara suami dan anaknya.

Baca juga:

Ibu tengah feeling sedih pun terbantut

Melalui video tersebut, dia berkongsi bahawa momen tersebut adalah kenangan sewaktu dia dan suaminya berada dalam tempoh PJJ.

"Kenangan PJJ dengan suami. Masa ni umur kakak Amni 4 tahun," kongsinya.

Sudah menjadi lumrah sekiranya kita berpisah dengan orang tersayang, kita akan berasa sedih. Namun, apa yang mencuit hati, rasa sedih tersebut terbantut setelah mendengar pesan dari si anak.

Dalam video tersebut, anaknya dengan penuh ceria mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya. Tetapi, ucapan tersebut turut diselangi pesanan sehingga dia turut terkejut mendengarnya.

"Bawa kereta elok-elok, bye-bye. Tengok jalan tu nanti mati," pesan anaknya.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna maya turut terhibur dengan gelagat anaknya itu.

"Straight to the point, takde belok-belok dah ayat nya," komen seorang pengguna TikTok.

"Aduh dik nak gelak pun rasa serba salah," tulis seorang lagi.

"Berterus terang. Takde kias-kias. So, senang faham," ujar seorang lagi.

"Allah anak, jangan la terus terang sangat," komen seorang lagi.

"Mendalam sangat teguran nya," tambah seorang lagi.