“Anas Ni Terlalu Baik Untuk Saya, Adalah Tu Jodoh Lain Yang Lebih Sesuai…” - Cik Epal

5 Jun 2025 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Cik Epal menghormati usahawan, Anas Zahrin sebagai seorang abang dan sahabat yang baik.
 

Doakan Anas bertemu jodoh lebih baik

image is not available


Menerusi ruangan ‘ask me a questions’ di Instagram, Cik Epal menjawab pertanyaan netizen sama ada Anas mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya atau tidak.


 


Menurut Cik Epal, Anas merupakan seorang lelaki yang baik dan dia sentiasa mendoakan agar sahabatnya itu bertemu dengan jodoh terbaik.


 

“Anas ni terlalu baik lah untuk aku. Hahaha. Aku hormat Anas sebagai kawan baik, abang dari dulu. 
 
“Adalah tu jodoh lain yang lagi sesuai untuk Anas. Aku selalu doakan yang baik-baik untuk hidup dia,” tulisnya.

 

Jangan takut untuk berkahwin

image is not available


Dalam pada itu, Cik Epal juga turut menjawab pertanyaan netizen mengenai kisah hidupnya yang menjadi tamparan hebat buat kaum wanita.


 


Kata Cik Epal, sebagai wanita tidak perlu takut untuk berumah tangga, sebaliknya berikaah yang terbaik dalam perkahwinan.


 

“Jangan takut. Ujian hidup kita lain-lain. Kalau ada rezeki kahwin, kahwin je. Buat sahaja yang terbaik dalam perkahwinan. Kalau jadi apa pun kita tak akan menyesal. 

 


“Ingat Allah selalu ada dengan kita. Kalau kita rasa kita berseorangan, kita tak sorang-sorang pun. Allah ada. Allah uji kita pun sebab Allah sayang kita,” coretnya.


 


Terdahulu,

adalah gimik pelancaran produk semata-mata.


 


Jelas Anas, dia tidak perlu membuat sebarang gimik untuk menjual produknya malah dia boleh menjualnya sendiri menerusi platform TikTok.