Cik Epal Sebak, Harap Anak-Anak Dapat Membesar Dengan Baik - “Doakan Han, Yuki & Saya Dapat Teruskan Kehidupan Dengan Tenang”

19 May 2025 • 4:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Cik Epal tidak dapat menahan sebak sewaktu menitipkan ucapan buat kedua anaknya iaitu Han, 10, dan Yuki,6, semasa sambutan ulang tahun kelahiran mereka pada Sabtu.
 

Sebak sebut nama Han, Yuki

 


Menerusi perkongsian di Instagram, video pendek yang dimuat naik itu merakamkan Cik Epal sebak dan menangis sebaik sahaja menyebut nama kedua anaknya.


 

“Semoga Han dan Yuki membesar dengan baik dan dikelilingi orang-orang yang sayang mereka.
 
“Doakan Han, Yuki dan saya dapat teruskan kehidupan ini dengan baik dan tenang,” ujarnya sebak.

 


Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen juga mendoakan agar segala urusan dan kehidupan Cik Epal bersama Han serta Yuki dipermudahkan di masa akan datang.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)


Terdahulu, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.


 


Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.


 


Pasangan itu bagaimanapun bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama.


 


Kemudian, pada 5 April lalu, Jofliam selamat bergelar suami kepada Dewi.