Perjalanan Yoodo telah pun tamat pada 29 Ogos 2024, sekaligus membuatkan jenama berkenaan berkubur. Lanjutan daripadanya, kini pelanggan yang tidak beralih ke syarikat telekomunikasi lain akan boleh meneruskan penggunaan dibawah CelcomDigi.

Aplikasi sedia ada Yoodo kini dijenamakan semula kepada “Formerly Yoodo”, dan menggunakan logo CelcomDigi pada ikon dan juga skrin permulaan aplikasi. Penawaran lain dilihat lebih kurang sama, termasuk dari segi pakej dan pelan.
Selain penjenamaan semula sementara ini, ia dilihat tiada perubahan besar bagi pelanggan yang memilih kekal dengan Yoodo buat masa ini.
Sebelum ini, pihak SKMM telah meminta untuk jenama Yoodo dijual, atau ditutup disebabkan oleh pengabungan Celcom dan Digi. Dengan perubahan baharu ini, ia dilihat Yoodo diserap ke dalam CelcomDigi – dan tidak diketahui sama ada ia telah menerima kebenaran pihak SKMM atau sebaliknya.


