Kedua-dua Apple dan Google setiap kali apabila melancarkan peranti mercu baharu pasti akan ada promosi untuk menjemput pengguna berpindah platform antara satu sama lain. Google selama ini menggunakan aplikasi Switch to Android yang kelak akan menerima nama baharu iaitu Android Switch berserta ciri pemindahan data yang lebih baik.

Android Switch adalah aplikasi untuk iOS untuk pengguna iPhone bersiap sedia berpindah ke peranti Android. Kemas kini akan datang dibangunkan untuk sokongan iOS 18. Apa yang menarik dalam versi baharu akan datang adalah, pengguna iPhone dengan iOS 18 turut boleh memindahkan aplikasi mereka yang dikunci atau yang disorok terus ke peranti baru Android.
Buat masa ini masih tidak pasti bila Switch to Android akan menjadi Android Switch. Ia dijangkakan apabila Android 15 sudah stabil nanti kerana, seperti iOS 18 – Android 15 akan menyokong ciri menyembunyikan aplikasi secara natif.
