Gmail adalah aplikasi emel yang digunakan ramai. Ini kerana ia percuma dan sedia terbina dalam majoriti peranti Android. Malah pengguna iOS pun ramai sahaja yang menggunakan Gmail sebagai akaun iCloud mereka. Terbaru khusus untuk pengguna Android, Gmail mempunyai kaedah baharu membalas emel.

Kaedah ini membolehkan pengguna membalas emel dengan lebih pantas. Sebelum ini di dalam Gmail pada Android, di bawah emel hanya terdapat tiga pilihan maklum balas iaitu Reply, Reply all dan Forward yang apabila ditekan akan membuka tetingkap baharu – tetapi kemas kini ini apabila salah satu Reply, Reply all atau Forward ditekan ia akan memaparkan ruangan untuk menaip balasan dengan lebih cepat. Ciri ini diperkenalkan untuk pengguna membalas emel ringkas yang tidak memerlukan ruang menaip yang besar.
Ciri ini telah mula diedarkan secara berperingkat sejak semalam. Ia dijangka tiba ke semua pengguna dalam masa 15 hari.

