Semasa dilancarkan tahun lalu, ramai mempunyai pendapat sistem operasi Android XR akan hanya digunakan pada set kepala XR yang dibangunkan dengan kerjasama Samsung dan Qualcomm. Tetapi pagi ini Google mendedahkan Android XR akan digunakan pada empat kategori produk boleh-pakai.

Kategori pertama ialah set kepala dengan video boleh-tembus seperti Project Moohan dan set kepala XR. Kategori kedua pula ialah set kepala dengan pandangan optikal boleh-tembus seperti Micorosft HoloLens. Kategori ketiga ialah cermin mata pintar AR dengan skrin terbina seperti yang sedang dibangunkan juga dengan Samsung. Sementara kategori terakhir ialah cermin mata AI yang tidak dilengkapi dengan skrin pada kanta.
Google mengatakan produk untuk kesemua kategori sedang dibangunkan dengan kerjasama rakan niaga mereka. Set kepala XR, cermin mata AR dan cemin mata AI pintar telah diperlihatkan. Ini menimbulkan persoalan siapakah pula sedang membangunkan set kepala seakan HoloLens untuk Google?
