Dell Pro Max Plus Dilancarkan Dengan NPU Qualcomm 350 TOPS

TechnologyDigital
20 May 2025 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ya ini sebuah komputer riba Dell dan bukannya produk Apple. Komputer riba Dell Pro Max Plus diumumkan ketika acara Dell Technologies World 2025 di Las Vegas semalam. Ia adalah sebuah komputer kerja kecerdasan buatan (AI) pertama dilengkapi NPU Qualcomm AI 100 PC yang digunakan untuk melalukan inferens.

image is not available

Spesifikasi lengkap belum lagi didedahkan tetapi ia disahkan hadir dengan cip Intel Arrow Lake HX, memori sehingga 256GB dan storan sehingga 16GB. NPU Qualcomm AI 100 PC yang disertakan pula dilengkapi 32 teras CPU AI dengan kemampuan memproses AI sebanyak 350 TOPS yang adalah 7x lebih berkuasa berbanding NPU pada Copilot+ PC di pasaran sekarang.

image is not available

Spesifikasi melampau ini membolehkan ia memproses model AI dengan 109 bilion parameter menjadikannya sesuai digunakan oleh jurutera AI dan saintis data. Harga jualan tidak diumumkan pada ketika ini.