Cermin Mata Xreal Project Aura Turut Akan Menggunakan Android XR

TechnologyDigital
21 May 2025 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemampuan cermin mata pintar Android XR telah diperlihatkan pagi ini di Google I/O dengan ia menyokong empat kategori peranti boleh-pakai. Samsung, Gentle Monster, Warby Parker dan Kering Eyewear ialah empat syarikat terawal diumumkan akan menggunakan Android XR. Selepas tamatnya ucap tama Google I/O, Xreal telah mengumumkan cermin mata pintar Project Aura mereka yang turut menggunakan Android XR.

image is not available

Berdasarkan gambar di atas, Project Aura mempunyai sensor tambahan pada bahagian sambungan hidung yang berbeza dengan prototaip cermin mata Google. Dua kamera pula diletakkan di kedua-dua hujung bingkai cermin mata. Tidak jelas sama ada Project Aura ialah cermin mata pintar tanpa skrin ataupun sepasang cermin mata dengan sokongan teknologi MR.

image is not available
Nreal Light di MWC Shanghai

Sebelum ini Xreal telah melancarkan beberapa cermin mata MR dengan optikal tembus. Kedua-duanya telah kami uji di MWC Shanghai dan Snapdragon Summit. Implementasi Xreal adalah lebih mirip HoloLens dimana imej dipantulkan ke kanta cermin mata untuk membuatkannya seakan terapung di dunia sebenar. Prototaip Google membenamkan skrin terus pada kanta yang menghasilkan cermin mata lebih ringan dan nipis.

Xreal mengatakan mereka menyasarkan jualan penghujung tahun ini atau awal tahun depan tetapi harga belum diumumkan.