Angela Mak Raih Anugerah SEBA Menjelang Penyenaraian Yes Group Di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 12:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Angela Mak Raih Anugerah SEBA Menjelang Penyenaraian Yes Group Di Pasaran ACE

Pengarah Urusan Yes Group Management Berhad, Angela Mak, menerima anugerah Leading Entrepreneur in Corporate Travel & MICE pada SEBA ASEAN Awards 2025/2026, Elites Asia Edition, menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26 November.

Yes Group dalam kenyataan memaklumkan pengiktirafan tersebut menghargai kepimpinan keusahawanan Angela dalam membangunkan Yes Travel & Holidays Sdn Bhd daripada perniagaan perancangan acara korporat kepada penyedia penyelesaian mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) menyeluruh.

Anugerah itu disampaikan pada majlis makan malam gala di KLGCC Convention Centre di sini pada 17 November, dengan Pengarah Eksekutif Yes Group, Allan Too Wai Loon, menerimanya bagi pihak Angela.

Angela berkata pengiktirafan berkenaan amat bermakna ketika kumpulan itu bersiap sedia memasuki fasa baharu melalui penyenaraian yang dijadualkan berlangsung lapan hari selepas pengumuman tersebut.

“Ketika saya mengasaskan Yes Travel pada 2008, saya tidak pernah membayangkan sejauh mana perjalanan ini akan membawa kami.

“Perniagaan yang bermula dengan perancangan acara korporat telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian MICE yang melaksanakan program pelancongan insentif dan acara untuk pelanggan korporat di destinasi dalam serta luar negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, penyenaraian berkenaan mencerminkan usaha berterusan pasukan serta kepercayaan pelanggan dan rakan niaga terhadap kumpulan itu.

“Walaupun kami berbangga dengan pencapaian setakat ini, tumpuan kami kekal pada usaha membina perniagaan yang lebih kukuh dan mampan, membangunkan warga kerja serta memperluas keupayaan untuk mewujudkan nilai jangka panjang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan,” katanya.

Di bawah kepimpinan Angela, Yes Travel mengembangkan perniagaannya kepada pelancongan insentif domestik pada 2010 sebelum memasuki segmen pelancongan insentif luar negara pada 2014.

Perkembangan itu membentuk asas keupayaan perniagaan kumpulan sepanjang perjalanan 18 tahunnya sejak penubuhan Yes Travel pada 2008.

SEBA ASEAN Awards anjuran Yayasan Usahawan Malaysia kini memasuki edisi ke-12 dan mengiktiraf kecemerlangan keusahawanan merentasi pelbagai industri di rantau ini.

Bertemakan “Beyond Boundaries. Recognising Excellence Across ASEAN”, anugerah itu menilai inovasi, kepimpinan serta impak pemimpin perniagaan terhadap industri melalui proses penghakiman lapan fasa, termasuk penilaian perniagaan dan tadbir urus, penilaian kewangan serta pertimbangan juri.

Sementara itu, Yes Group memaklumkan pihaknya menyasarkan pengukuhan kedudukan dalam industri MICE menerusi penubuhan pejabat serantau di United Kingdom, pembangunan Yes Academy serta peluasan perkhidmatan berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Kumpulan itu menyediakan penyelesaian pelancongan insentif yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan, selain perancangan dan pengurusan acara melalui anak syarikat operasinya, Yes Travel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved