Anggota APM maut selepas dipatuk tedung selar

23 Aug 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota APM maut selepas dipatuk tedung selar

TEMERLOH – Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Temerloh yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, semalam, akhirnya meninggal dunia awal pagi ini.

Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia pada pukul 1.50 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Allahyarham pada mulanya menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hoshas selepas tidak sedarkan diri susulan kejadian berkenaan.

“Allahyarham ditempatkan di zon merah dan berada di bawah pemantauan doktor sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.50 pagi tadi.

“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilaksanakan kira-kira pukul 9 pagi ini.

Semalam, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular di Dewan Taman Temerloh Jaya, di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota APM maut selepas dipatuk tedung selar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved