Anggota APMM Maut Ketika Operasi, Dua Lagi Cedera

27 Oct 2026 • 2:41 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Anggota APMM Maut Ketika Operasi, Dua Lagi Cedera

KANGAR – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua lagi cedera ketika sedang menjalankan operasi di Sungai Padang, perairan Kuala Perlis di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 11 malam, bagaimanapun beliau memaklumkan maklumat lanjut mengenainya hanya boleh dikeluarkan pihak APMM.

“Saya hanya boleh sahkan menerima laporan kejadian ini, maklumat lanjut mengenai kejadian ini hanya pihak APMM yang akan keluarkan,” katanya.

Difahamkan, APMM dijangka mengadakan sidang media tentang kejadian itu petang ini.

Terdahulu, tular anggota APMM yang dikenal pasti sebagai Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan di Unit Perisikan, Ibu Pejabat APMM Kedah dan Perlis, maut dalam operasi.

– Bernama

The post Anggota APMM Maut Ketika Operasi, Dua Lagi Cedera appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved