Pengorbanan Anggota APMM Tidak Boleh Disia-Siakan, PM Anwar Arah Tindakan Tegas Tanpa Kompromi

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 6:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pengorbanan Anggota APMM Tidak Boleh Disia-Siakan, PM Anwar Arah Tindakan Tegas Tanpa Kompromi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengorbanan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan perairan negara tidak boleh disia siakan.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil bagi membanteras sindiket penyeludupan warga asing serta sebarang cubaan menceroboh sempadan negara.

Anwar berkata, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban dalam insiden berkenaan.

“Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga APMM yang terus menjalankan tugas bagi mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Menurutnya, beliau amat terkesan dengan pemergian Allahyarham selain mengecam tindakan pihak yang mengancam keselamatan negara.

“Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara,” katanya.

Anwar menegaskan kerajaan bertekad mengambil tindakan terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing, termasuk mana mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan kegiatan berkenaan.

Katanya, pihak yang mengkhianati kedaulatan negara perlu dibawa ke muka pengadilan, sambil menegaskan keselamatan anggota penguat kuasa tidak boleh dipertaruhkan.

“Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan,” tambahnya.

Baca juga:

Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved