Anggota APMM maut: Sidang media rasmi pukul 3 petang ini

27 Oct 2026 • 1:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota APMM maut: Sidang media rasmi pukul 3 petang ini

KANGAR – Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan seorang anggotanya meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dalam satu insiden ketika melaksanakan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Kuala Sungai Padang, dekat Kuala Perlis awal pagi tadi.

APMM Kedah Perlis dalam kenyataan memaklumkan keempat-empat mangsa merupakan anggota daripada Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

“Insiden berkenaan mengakibatkan seorang anggota meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan. APMM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar tiga anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya.

APMM memandang serius kejadian tersebut dan sedang mendapatkan maklumat lengkap bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden dapat disahkan sebelum sebarang penjelasan lanjut diberikan kepada umum.

“Sehubungan itu, satu sidang media rasmi akan diadakan pada pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, Kuala Perlis bagi memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan,” ujarnya.

APMM menghargai keprihatinan semua pihak dan memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan serta sensitiviti keluarga anggota yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota APMM maut: Sidang media rasmi pukul 3 petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved