Anggota ATM Yang Terlibat Aktiviti ‘Yeye’ Akan Didakwa Di Mahkamah Tentera

LocalPolitics
18 Jan 2026 • 9:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu pendedahan mengenai budaya ‘Yeye’ dalam kalangan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana budaya itu merupakan aktiviti tidak bermoral melihatkan ‘wanita penghibur’ dan pegawai tentera di dalam kem tentera.

Terkini, pegawai-pegawai ATM yang terlibat dengan aktiviti tersebut akan dikenakan tindakan tegas.

Menurut Berita Harian, antara tindakan yang akan diambil terhadap pegawai-pegawai ATM yang terlibat dengan budaya ‘Yeye’ adalah mereka akan didakwa di Mahkamah Tentera.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Adly Zahari ketika ditemui media baru-baru ini.

Difahamkan, Kementerian Pertahanan tidak membenarkan sebarang kelakuan yang mencemarkan budaya ketenteraan sama ada melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana pihak kementerian itu mempunyai peraturan disiplin yang jelas.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Tindakan akan dilaksanakan pada peringkat dalaman menerusi penubuhan jawatankuasa siasatan sekiranya disiplin dilanggar sebelum kes tersebut dibawa ke Mahkamah Tentera untuk pengadilan.

Apabila kes dibicarkan di Mahkamah Tentera nanti, mereka yang terlibat diberi peluang untuk menjawab tuduhan sama ada ia benar atau tidak sebelum hukuman dijatuhkan kepada mereka.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: KosmoSumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.