
Anggota Bomba Dedah Dakwaan Misteri Bunyi 'Ketawa' Sewaktu Operasi SAR
Misteri kehilangan Allahyarhamah Nur Izzati Humaira, 19, di Bukit Changkat Asa pada minggu lalu telah meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga.
Pelbagai usaha dikerahkan oleh semua pihak berkuasa dalam melakukan misi mencari dan menyelamat (SAR),
Selepas 4 hari penuh pengharapan dan doa, akhirnya, Allahyarhamah ditemui meninggal dunia tidak jauh dari lokasi kejadian.
Sepanjang operasi, pelbagai cabaran dan ujian dilalui oleh pasukan SAR dalam misi itu termasuklah spekulasi mengenai gangguan mistik.
Bunyi 'Ketawa' Misteri
Menerusi siarang langsung (Live) TikTok, Tuan Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, salah seorang anggota bomba yang menyerta operasi itu mendedahkan dakwaan bunyi ketawa yang dikatakan oleh penunggu di kawasan berkenaan.
Beliau menafikan dan berkata sebaliknya bunyi berkenaan adalah adalah bunyi Burung Wak-Wak atau Ruak-Ruak.
Menjawab persoalan mengenai mangsa ditemui di kawasan sama yang dicari sebelum, Tuan Mohd Fakhrul berkata ia disebabkan oleh keadaan bentuk muka bumi itu sendiri.
"Kita dah lalu sini tapi tak jumpa tapi keadaam bentuk muka bumi itu sendiri yang menjadi penghalang sebenarnya.
"Itu yang macam-macam cerita keluar," jawabnya sambil menafikan dakwaan mengenai unsur mistik.
Jelasnya, sepanjang pencarian, dia dan anggota lain tidak henti melaungkan azan sehinggalah tubuh mangsa ditemui pada jam 11.58 minit pagi.
"Mangsa temui dalam keadaan sempurna.."
Tambahnya, pada hari terakhir pencarian, hanya anggota beruniform sahaja yang dibenarkan masuk ke lokasi.
Sementara itu, pihak luar seperti Ustaz, malim gunung, orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan pencarian.
Semoga Allahyarhamah Nur Izzati Humaira ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
