Anggota Maritim Malaysia terkorban selepas terhimpit struktur konkrit

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anggota Maritim Malaysia terkorban selepas terhimpit struktur konkrit

PETALING JAYA: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut hari ini apabila bot rondaan dinaikinya terhimpit pada struktur konkrit ketika mengejar sebuah bot yang disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan Maritim Malaysia ketika kejadian sedang menjalankan operasi rutin kawalan sempadan berjaya mengesan pergerakan bot terbabit.

“Semasa insiden kejar-mengejar itu, bot Maritim Malaysia terhimpit pada struktur konkrit sehingga menyebabkan kecederaan, dan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, termasuk di Selat Melaka dan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menyifatkannya sebagai sebahagian risiko pekerjaan.

“Dari segi kecekapan, latihan, proses dan prosedur, serta peralatan, APMM merupakan antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diberi keutamaan dalam aspek peruntukan mendapatkan aset.

“Ini adalah bagi mengukuhkan moral mereka,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban dan memaklumkan Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Muda Datuk Mohd Rosli Abdullah, kini bersama keluarga mangsa.

Saifuddin menambah bahawa urusan pengebumian mangsa sedang diatur.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai kematian seorang anggota Maritim Malaysia dan kecederaan membabitkan tiga lagi anggota semasa operasi kawalan sempadan di perairan Perlis awal pagi tadi.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika kesemua anggota terbabit sedang menjalankan operasi pemantauan dan keselamatan sempadan di perairan Perlis. – UTUSAN

The post Anggota Maritim Malaysia terkorban selepas terhimpit struktur konkrit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved