Anggota penjara direman enam hari bawa masuk artikel larangan dalam penjara

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 3:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anggota penjara direman enam hari bawa masuk artikel larangan dalam penjara

MELAKA: Seorang anggota penjara direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai balasan membawa masuk artikel larangan ke dalam sebuah penjara di negeri ini.

Perintah reman sehingga 10 Ogos ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 11.50 pagi semalam di kediamannya di Sungai Petani, Kedah menerusi operasi yang dijalankan SPRM Melaka.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Mac lalu ketika bertugas di sebuah penjara di Melaka.

Difahamkan, suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel yang dilarang ke dalam penjara.

Susulan penahanan itu, SPRM menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada terdapat pihak lain yang turut terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota penjara terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima suapan. – UTUSAN

The post Anggota penjara direman enam hari bawa masuk artikel larangan dalam penjara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved